Mengenai Saya

Foto saya
Saya Biasa aja. Cuma saya memiliki satu kelebihan. yaitu jenggot saya.

Selasa, 28 Oktober 2008

Makhluk Aneh Di Pahang

PEKAN (Pahang) - Ribuan penduduk negeri ini
menyerbu Muzium Negeri
Pahang kelmarin untuk melihat makhluk aneh yang
ditemui seorang
nelayan Isnin lalu dan disimpan di muzium
tersebut.
Makhluk setinggi sekitar 15 sentimeter itu
dimasukkan dalam botol
serbuk minuman bersaiz 980 gram.
Tubuh makhluk itu kehijau-hijauan dengan matanya
merah saga, dan
diselimuti kain hitam serta diikat dengan tali
putih. Makhluk itu
dijumpai dalam botol tersebut di Pantai Balak,
Kuala Pahang, oleh
seorang nelayan, Encik Ahmad Affandi Abdul Rahim,
22 tahun, dari
Kampung Marhum, yang kemudian menyerahkannya
kepada Muzium Negeri
Pahang.
'Saya tidak berani membuka penutup botol tersebut
kerana bimbang
sesuatu yang buruk mungkin berlaku,' katanya.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki mengambil
botol tersebut dan
membuangnya di kawasan tanah perkuburan
berhampiran. Bagaimanapun
keesokannya, Encik Ahmad Affandi mengambil semula
botol tersebut dan
menyerahkannya kepada seorang bomoh.
Bomoh itu, Encik Ismail Omar, 94 tahun, berkata
beliau membuka botol
itu dan mendapati makhluk itu masih hidup selepas
membaca jampi
serapah.
Sementara itu, orang ramai yang membanjiri
pekarangan Muzium Negeri
Pahang selepas 12 tengah hari kelmarin hampa
kerana mereka tidak
berpeluang melihat makhluk tersebut dari dekat
apabila pihak muzium
bertindak membuang semula botol dan makhluk itu ke
laut.

Seorang pengunjung dari Bentong, Encik Azman
Mohamad, yang datang
semata-mata untuk melihat makhluk itu berkata
pihak muzium tidak
sepatutnya membuangnya kerana ia boleh menjadi
tarikan orang ramai
ke muzium itu. - Utusan Malaysia.

Tidak ada komentar: